Wednesday, May 13, 2009

Reason????

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Bersua kita di hari yang berseri ini semula setelah lama, ataupun sangat lama tidak berkongsi pandangan dan buah fikiran mengenai perkara-perkara yang tidak memberikan faedah pun....

Selami permikiran kita.......

Adakah hari ini menyelesaikan persoalan yang selama ini menghantui pemikiran kita???

Ataupun kita hanya mengulangi apa yg biasanya kita buat, hampir selama kita hidup didunia
ini, menipu diri sendiri........

Mungkin kita hanya berlakon bahawa kita sentiasa didalam keadaan bahagia sentiasa,
seperti mampu menghadapi apapun keadaan, dengan memenuhi kehendak sekeliling kita,
mengikut situasi daripada menyesuaikan diri bagi menghadapinya.......

Bagaimana kita sepatutnya bertindak?????????

Apa yang mampu menjamin bahawa kita tidak akan membuat suatu tindakan yang boleh diklasifikasikan sebagai "bodoh"........

Acapkali kita dijamukan dengan pelbagai cara, prosedur dan peraturan yang bertujuan mengatur hidup kita agar dapat menhindarkan daripada melakukan kesilapan.......

tapi,

Betulkah ia dapat menyelesaikan masalah????
Sesuatu yang patut difikirkan bersama.....

Yang Kembali Melalut,

-Tiga Hamba-